Latihan litar merupakan latihan yang berkesesuaian dengan fizikal....ianya d perkenalkan oleh Morgan dan Adamson(1953) d england.
OBJEKTIF :
- bertujuan meningkatkan Daya Tahan Otot.
- bertujuan meningkatkan Daya Tahan Kardiovaskular.
- bertujuan meningkatkan dan melatih keupayaan aerobik dan anaerobik.
- bertujuan meningkatkan ketangkasan mobiliti dan kuasa.
PRINSIP LATIHAN LITAR :
- Kawalan untensiti latihan.
- Peningkatan jumlah ulangan setiap aktiviti secara beransur-ansur.
- Penambahan bilangan set.
- Meningkatkan jangka masa setiap aktiviti yang d laksanakan.
KAEDAH LATIHAN LITAR :.
- Pelatih perlu melakukan aktiviti memanaskan badan terlebih dahulu.
- Pelatih perlu melakukan semua aktiviti yang telah ditetapkan d setiap stesen.
- Menentukan jangka masa d setiap stesen. cth : 30 saat
- Menentukan sela masa untuk pelatih bertukar ke stesen yang seterusnya.
- Memberi masa rehat yang sesuai d antara setiap set(kadar nadi kurang drp 120 denyutan/minit)
- Sesuai untuk meningkatkan kecergasan otot dan sistem kardiovaskular.
- Konsep keindividuan dalam latihan ini membolehkan atlet maju mengikut tahap kemampuan maksimum individu.
PENILAIAN LATIHAN :
- Masa pencapaian
- Denyutan nadi sejurus selepasa setiap latihan.
- Masa pemulihan selepas setiap litar.
- Intensiti/beban kerja yang dilakukan.
CONTOH AKTIVITI YANG DAPAT DILAKUKAN :
- Tekan tubi
- Lari ulang alik 10 meter.
- Bangkit tubi
- Lompat bintang
- Skipping.
0 ulasan:
Catat Ulasan