Rabu, 19 Januari 2011
Piala Dunia D ASEAN????
Sukan bola sepak kembali menjadi hangat apabila usaha negara-negara ASEAN berhasrat untuk membida penganjuran bola sepak yang paling berprestij di dunia....penganjuran kejohanan bola sepak Piala Dunia hanya skali dianjur d rantau asia iaitu pada tahun 2002 di mana Jepun dan Korea Selatan menjadi tuan rumah bersama....tidak hairan lah kerana negara2 tersebut merupakan kuasa besar bola sepak asia dan mampu bersaing dengan negara2 eropah dan benua laen...pada mula nya Malaysia dan Indonesia bercadang membida untuk menjadi tuan rumah bersama piala dunia tetapi peluang nye tersangatlah tipis....mane tidaknye,tengok aje infrastruktur stadium dan yang paling penting prestasi skuad kebangsan masing2....kalu jadi tuan umah,cnfrm lah jadi lauk jer time men(bdasarkan prestasi semasa yea)....pape pun,bagus lah bile ade mmasang impian yang besar macam 2...tp kite jgk kene laaa bpijak d bumi yang nyate...btl x???skarang timbul pulak isu nk mgabungkan negara2 asean untuk membida penganjuran piala dunia dan menubuhkan skuad ASEAN d mana mhimpunkan pemain2 terbaik negara2 asean dan layak secara automatik ke piala dunia dengan tiket tuan umah 2026 atau 2030(kalau bdaan D trime)..dpat ke semua rakyat ASEAN BERSATU memberi skongan kepada pasukan ASEAN skiranye berjaya beraksi d piala dunie terutamanye penyokong INDOnesia dan MALAYsia???...........1 lg masalah, FIFA akn luluskan ke pasukan yg d bentuk dari pemain yang berasal dari pelbagai negare wlaupun d rantau yg sama???bagaimanapun, laporan2 akhbar menunjukkan kesungguhan menteri negara2 terlibat untuk merialisasikan impian murni nie...harap2 berjaya lah apa yg drencanakan nie...dapat jugak merasa piala dunie d tempat sendiri nanti......
Latihan Jeda(dekat, sederhana dan jauh)
PENGENALAN :
Latihan jeda merupakan kaedah latihan fizikal yang melibatkan tekanan kerja yang berulang-ulang dan diselangi dengan masa rehat yang telah ditetapkan. (Astrand dan Paavo Nurmi 1920)..
OBJEKTIF :
Latihan jeda merupakan kaedah latihan fizikal yang melibatkan tekanan kerja yang berulang-ulang dan diselangi dengan masa rehat yang telah ditetapkan. (Astrand dan Paavo Nurmi 1920)..
OBJEKTIF :
- Meningkatkan keupayaan anaerobik.
- Menigkatkan daya tahan kardiovaskular.
- Meningkatkan lakuan moto seperti ketangkasan,koordinasi, kelajuan dll.
PRINSIP LATIHAN :
- Kadar jarak dan jangkamasa kerja ditentukan berdasarkan kadar nadi latihan dan jarak set.
- Menentukan masa rehat
- Jenis aktiviti masa rehat
- Bilangan ulangan dan set setiap sesi latihan
- Kekerapan latihan
- Tempoh latihan dijalankan.
RASIONAL PEMILIHAN LATIHAN JEDA :
- Kaedah ini sesuai dalam banyak permainan kerana kebanyakan permainan memerlukan keupayaan anaerobik.
- Melatih sistem pengangkutan oksigen yang akan meningkatkan tenaga aerobik dengan menjalani masa kerja yang panjang dan masa pemulihan yang pendek.
- Atlet berupaya menlakukan latihan dengan tahap maximum jika mempunyai masa rehat berbanding dengan perlakuan berterusan.
- Penentuan jangkamasa dan jenis aktiviti rehat dapat meningkatkan keberkesanan latihan ini.
*** Latihan jeda jarak dekat/sederhana melatih tubuh untuk menghasilkan ATP dengan cepat dan melambatkan fasa kelesuan. Tubuh juga dapat bekerja dengan baik walau kandungan asid laktik tinggi dalam darah....
CONTOH LATIHAN JEDA :
*Jarak jauh :
- Preskripsi latihan jeda boleh ditulis seperti...
4 x 1500m x 3 set @ 8 mnt (1 : 1/2) bermaksud
- 4 ulangan larian berjarak 1500 meter setiap larian, dilakukan sebanyak 3 set dengan masa larian selama 8 minit dan masa rehat antara ulangan ialah 4 minit.
- Masa rehat antara set ialah bila kadar nadi turun kepada 120 d.s.m.
*Jarak dekat
- Preskripsi latihan jeda jarak dekat..
6 x 80m x 4 @ 10 s (1 : 4)
*Jarak Sederhana
- Preskripsi latihan jeda jarak sederhana..
4 x 400 x 3 @ 70 s (1 : 2)
Ahad, 16 Januari 2011
Latihan litar
PENGENALAN :
Latihan litar merupakan latihan yang berkesesuaian dengan fizikal....ianya d perkenalkan oleh Morgan dan Adamson(1953) d england.
OBJEKTIF :
PRINSIP LATIHAN LITAR :
KAEDAH LATIHAN LITAR :.
RASIONAL PEMILIHAN LATIHAN LITAR :
PENILAIAN LATIHAN :
CONTOH AKTIVITI YANG DAPAT DILAKUKAN :
Latihan litar merupakan latihan yang berkesesuaian dengan fizikal....ianya d perkenalkan oleh Morgan dan Adamson(1953) d england.
OBJEKTIF :
- bertujuan meningkatkan Daya Tahan Otot.
- bertujuan meningkatkan Daya Tahan Kardiovaskular.
- bertujuan meningkatkan dan melatih keupayaan aerobik dan anaerobik.
- bertujuan meningkatkan ketangkasan mobiliti dan kuasa.
PRINSIP LATIHAN LITAR :
- Kawalan untensiti latihan.
- Peningkatan jumlah ulangan setiap aktiviti secara beransur-ansur.
- Penambahan bilangan set.
- Meningkatkan jangka masa setiap aktiviti yang d laksanakan.
KAEDAH LATIHAN LITAR :.
- Pelatih perlu melakukan aktiviti memanaskan badan terlebih dahulu.
- Pelatih perlu melakukan semua aktiviti yang telah ditetapkan d setiap stesen.
- Menentukan jangka masa d setiap stesen. cth : 30 saat
- Menentukan sela masa untuk pelatih bertukar ke stesen yang seterusnya.
- Memberi masa rehat yang sesuai d antara setiap set(kadar nadi kurang drp 120 denyutan/minit)
- Sesuai untuk meningkatkan kecergasan otot dan sistem kardiovaskular.
- Konsep keindividuan dalam latihan ini membolehkan atlet maju mengikut tahap kemampuan maksimum individu.
PENILAIAN LATIHAN :
- Masa pencapaian
- Denyutan nadi sejurus selepasa setiap latihan.
- Masa pemulihan selepas setiap litar.
- Intensiti/beban kerja yang dilakukan.
CONTOH AKTIVITI YANG DAPAT DILAKUKAN :
- Tekan tubi
- Lari ulang alik 10 meter.
- Bangkit tubi
- Lompat bintang
- Skipping.
Isnin, 10 Januari 2011
Ragam bola sepak..........
Sedar atau tidak, sukan bola sepak di negara kita sedang mengalami satu revolusi di mana psukan Malaysia @ harimau malaya telah mnunjukkan 1 pningkatan yg luar biasa dgan memenangi pingat emas sukan sea dan disusuli dgan kejayaan mgapai piala Suzuki baru2 nie...ada sesetngah pihak yg mngatakan ini merupakan *nasib* semata2 sebab kurang nye peningkatan dalam mutu permainan pasukan kebangsaan...btul ker???pihak kerajaan dan fam pulak muncul sebagai watak pemangkin dengan pelbagai rancangan sebagai usaha memastikan skuad bola sepak negara terus maju sampai timbul kontroversi nak tukar jolokan harimau MALAYA jadi harimau MALAYSIA.....perlu ker??faktor name nie mempngaruhi sangat prestasi skuad negara???tue yg kite x tau....ermmm, pape pun...syabas buat pasukan Malaysia dengan kejayaan yg d capai...nampak nye naik la ckit ranking skuad ngara, x la asyik jatuh je cam tahun2 sebelum nie...fam pulak perlu la bekerja keras mencari pelbagai formular bagi memastikan prestasi skuad bola sepak negara terus meningkat.....jangan la jadi cam air coca-cola, nek sekejap jer.......kesian kat penyokong yang dah memasang macam2 impian tuk gapai piala 2 dan piala nie.....
Majulah Sukan Untuk Negara
Majulah Sukan Untuk Negara
Langgan:
Catatan (Atom)
tAjuk-TajUk
iSi KanDunGAn
- Isu sukan (2)
- Jenis Latihan (2)